Perancangan Latihan Tahun 2016 Negeri KLKM

logo_klkmBerikut adalah jadual latihan negeri KLKM bagi tahun 2016 seperti lampiran yang disertakan dibawah.

Lampiran – Perancangan Latihan Tahun 2016 PLNg KLKM v1.1.16

Posted in Kelana, Latihan, Tempatan | Comments Off on Perancangan Latihan Tahun 2016 Negeri KLKM

Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) 2015

logo_klkmDimaklumkan bahawa Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia akan mengadakan Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) bagi tahun 2015 pada 16 – 19 September 2015 (Rabu – Sabtu) bertempat di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM), Johor. Maklumat lanjut seperti di dalam dokumen yang dilampirkan.

Lampiran 1: Surat Siaran 5K – KLKM
Lampiran 2: Panduan Penyertaan 5K – KLKM
Lampiran 3: Senarai Semak Peserta 5K – KLKM
Lampiran 4: Borang Pengesahan Kehadiran 5K – KLKM
Lampiran 5: Skim Latihan Pengakap Kelana & Format Buku Log (Bentuk Portfolio).ppsx
Lampiran 6: Tentatif Program 5K 2015

Posted in Bengkel, Kelana, Latihan, Program, Tempatan | Comments Off on Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) 2015

Perubahan Rancangan Latihan Negeri KLKM Bagi Tahun 2015

Anugerah BP -12Berikut adalah makluman perubahan mengenai rancangan latihan negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia bagi tahun 2015. Semua latihan adalah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kelolaan Pasukan Latihan Negeri KLKM.

Latihan ini adalah bertujuan untuk melahirkan ahli Kelana, Pemimpin dan Pesuruhjaya ke arah Anugerah Baden-Powell (BPA) dan Anugerah Kepimpinan Manikayu yang berkualiti dan bersistematik.

Untuk makluman, Lawatan Verfikasi Portfolio Calon Baden-Powell Award (BPA) KLKM dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2015, manakala Perkhemahan Pentarafan & Istiadat Pentauliahan Anugerah Baden-Powell & Manikayu KLKM (PPIP) pula dijangka akan diadakan pada bulan November 2015.

Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan mencalonkan semula peserta di daerah masing-masing mengikut perancangan tahunan yang telah dikemaskini. Berikut adalah dokumen rujukan dan borang yang perlu dilengkapkan iaitu:

– Rancangan Latihan Tahun 2015 PLNg KLKM v1.4.2015

– BPL – Borang Pencalonan Latihan Tahun 2015 PLNg KLKM

Oleh yang demikian, tuan/puan dipohon menghantar Borang BPL tersebut dengan lengkap (berbentuk softcopy sahaja) kepada Pasukan Latihan Negeri KLKM melalui emel: afzbk@yahoo.com SEBELUM ATAU PADA 27 APRIL 2015 (ISNIN). Jika ada sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Pengerusi Latihan Negeri di talian 019-3538585.

Lampiran Lain : Surat Siaran Perubahan Rancangan Latihan Negeri KLKM 2015

Posted in Dokumen, Latihan, Program, Tempatan | Comments Off on Perubahan Rancangan Latihan Negeri KLKM Bagi Tahun 2015

Rancangan Latihan Negeri KLKM Tahun 2015 (Terkini)

logo_klkmBerikut dilampirkan rancangan latihan negeri KLKM bagi tahun 2015 seperti yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri KLKM bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 13 Disember 2014 yang lalu.

Lampiran: Rancangan Latihan PLNg KLKM 2015 (Terkini)

Posted in Dokumen, Latihan, Tempatan | Comments Off on Rancangan Latihan Negeri KLKM Tahun 2015 (Terkini)

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Siri 3/2014 (Terkini)

logo_klkmDimaklumkan bahawa pihak negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia akan mengadakan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Siri 3/2014 pada 12 hingga 13 Disember 2014 bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Daerah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Surat siaran dilampirkan di bawah.

Lampiran 1: Surat Panggilan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya KLKM Kali Ke-3 2014
Lampiran 2: Senarai Edaran
Lampiran 3: Jadual Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri

Posted in Mesyuarat, Tempatan | Comments Off on Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Siri 3/2014 (Terkini)